Tuesday, October 8, 2019

Askar Wataniah

Sebenarnya saya dah lama nak jadi askar. Sejak kecik lagi. Tapi mak sya tak bagi sebab dia cakap askar ni suka mendera rekrut, kena marah, dan paling dia tak suka kalau kena pukul. Kemudian dengan takdir Allah, adik saya masuk Navy lepas tamat STPM. Dia masuk pun sebab dia tak mahu pergi universiti. Dia kata dia dah bosan belajar. Mak saya puas pujuk tapi dia tak mahu juga. Dia cakap sekurangnya-kurang bila dah habis nanti boleh dapat kerja terus. Mak saya pun tak boleh nak kata apa. Lagipun betullah apa yang adik saya cakap. Dah la keluarga kami susah. Kalau belajar pun nanti kena bayar balik PTPTN. Baik terus dapat kerja. Dalam askar pun belajar juga.

Tapi saya tak boleh masuk lagi askar sebabnya saya telah terlanjur sambung belajar. Nak tak nak kena habiskan. Lagipun saya dapat biasiswa, membazir namanya kalau tak habis. Masa saya habis PhD tahun 2017, tiba-tiba rasa sesuatu yang amat kosong. Sebabnya, selepas saja tamat pengajian, saya terus tiada apa-apa yang hendak dibuat. Selepas saya lapor diri, semua tugas pengajaran telah diambil, jadi masa terluang dengan banyak. Jadi saya merasakan itu masa yang terbaik untuk melapor diri sebagai askar wataniah, memandangkan askar biasa sudah terlepas tempohnya. Sewaktu saya mendaftar untuk askar wataniah, kursus APMS yang sepatutnya di adakan pada bulan Ogos dibatalkan kerana kurang penuntut. Jadi saya dimaklumkan bahawa kursus akan di adakan pada bulan 10 pula. Namun sewaktu tibanya bulan 10, saya dah ada tugasan jadi agak sibuk. Oleh itu, Ketua Jabatan tidak benarkan saya pergi kursus tersebut. Saya terpaksa tunggu tahun berikutnya.

Pada tahun 2018, saya terlepas juga kursus pada bulan Ogos, ini kerana saya amat sibuk dengan kerja-kerja hakiki walaupun bulan Ogos adalah cuti semester. Jadi sekali lagi saya tangguh ke tahun 2019.

Alhamdulillah, tahun ini saya berjaya melapor diri untuk berkursus selama sebulan. Saya ambil cuti bergaji penuh kerana berkursus selama 30 hari. Minggu pertama kami belajar kawad. Sudah lama saya tak berkawad. Paling terakhir saya ingat adalah sewaktu sekolah menengah tingkatan 4, Kelab Remaja Sekolah. Rupa-rupanya kawad askar tak sama dengan kawad yang diajar disekolah. Sungguh berbeza. Selepas 3 hari berkawad ditengah panas, saya mengalami sakit2 lutut dan terpaksa ke hospital. Doktor memberitahu yang kepala lutut saya lari sedikit dan perlu berehat selama 4 hari. Alhamdullah, saya amat bersyukur. Tapi biasalah walaupun berehat saya perlu juga hadir ke setiap acara walaupun tidak perlu melakukan gerakan yang boleh mencederakan lutut saya. Berguling atas tar kena masuk sebab tak guna lutut pun. Selepas kawad, kami diuji dan pelajar terbaik kawad ada sorang budak kolej ni dapat. Walaupun perempuan tapi suara dia kuat.

Minggu ke-2 belajar menembak menggunakan M-16. Belajar tentang data teknik dan cara2 membuka dan memasang serta menjaga. Setiap hari kena bangun sebelum pukul 5 ke

Tuesday, October 1, 2019

Pengesahan Jawatan

Setelah berhempas pulas mendapatkan geran, akhirnya dapat juga geran FRGS. Bagi pensyarah baru, geran ini amat bermakna walaupun jumlahnya tidaklah mencecah 6 angka seperti penyelidik2 yang lain. Ia cukup bermakna bagi saya yang beberapa ditolak geran setelah habis pengajian PhD. Syarat geran ini juga merupakan syarat untuk saya sahkan jawatan dalam perkhidmatan.
Bagi pekerja kerajaan, pengesahan jawatan adalah amat penting kerana kita diberi pilihan untuk mengambil skim pencen atau skim caruman KWSP. Saya percaya, hampir majority kakitangan kerajaan akan memilih Skim Pencen kerana 1) tiada lagi potongan KWSP, jadi ada duit lebih lah sikit. 2) Boleh menngeluarkan duit KWSP yang ada untuk bayar hutang, macam saya.

Surat Pengesahan Jawatan telah diterima pada 17 September 2019. Sekarang saya tengah menantikan surat berpencen. Hari ini sudah masuk bulan 10 hari ke-4. Masih tiada apa-apa lagi....


My October Weight Lost Plan 2019

Its been a long time that I haven't written anything on this blog. Last week I went to a program for freshmen and join as a lecturer. The speaker talk about writing blogs and he said that it is to keep up with your life in case where you forgot your journey somewhere. So, here I am trying to find what can I do to update and to keep this blog alive. My current aim is to benefit others through my post. I do not know yet what are thing that I can help people with but for the beginning, I will try to work on my goal this month.

So, my goal for this month is to lose weight and to excel in my work. I need to lose more than 2 kg this month so that my weight is below 70. How to do that? Currently I can only do jumping rope. I can't run that much because of my knee problem. Today I did 300 counts of jumping and I aim for 300 of jumping rope EVERYDAY!

Just for the record, Tuesday Oct 1st 2019, below are my current standing:

Weight    : 72.6
Fat          :  32.6%
Muscle   : 25.2%

In 1 week, I need to lose at least 500g, to reach my end of the month goal.

Update Oct 2nd

Weight  : 72.2
Fat         : 32.2%
Muscle  : 25.6%

Update Oct 3rd

Things started to get hard. I want to go for a run today but, laziness is overwhelming. Still, I need to do the jump rope without fail.

My weight and the fat-muscle % do not change today.

Update Oct 4th

Weight : 71.6
Fat       : 31.7%
Muscle: 25.8%

Jumping rope is really good!

Update Oct 7th
I did a cheat day on Sunday. So I ate a lot and did 30mins of brisk walk. I can't even do jump yesterday because its frustrating. For some reason, my leg get caught and hard to jump continuously. But, today I managed to overcome the frustration albeit discontinuous jump and did 300 as promised to myself.

Weight: 73
Fat: 32%
Muscle: 25.1%

I can't do cheat day anymore. Because, its detrimental to my plan. This is so hard to do.

Update Oct 9. I'm back to square one with my weight at 72.2. I'm a little frustrated. I'm giving myself a month to try this thing. I can't go back to where I am standing before. I do not want to make all my effort become worthless.

Update Oct 17, Thursday

My weight hasn't change in the last 4 days. It stays at 72 kg until today. However, my fat-muscle % fluctuate between 32-31% for muscle and 25-25.6% for muscle.
My aim is to lower my fat% muscle down to 20-ish%.

Update Oct 22nd, Tuesday

Today's weight is 71.7 with muscle-fat % is 25.8-31.8 respectively. I have two more weeks to go.


Saturday, June 30, 2018

Mendaki Gunung Stong 1

Saya dah biasa berkhemah, tapi berkhemah di tepi pantai. Tiada pendakian langsung. Tempat perkhemahan yang selalu saya pergi adalah di pantai Tok Bali, Pasir Puteh, Kelantan. Saya ajak adik beradik ikut sekali. Tapi itu sebelum mereka kahwin. Sekarang semua orang dah kahwin dah tiada masa untuk outdoor activities macam ni. Mak pun ikut sekali jugak. Sebab dia takut ada orang jahat ke apa ke. Itulah mak saya, padahal anak2 nya sudah besar gajah, tapi masih risau lagi. Nak dijadikan cerita, kali terakhir kami berkhemah di Tok Bali, 2 orang adik saya kena usik langsuir waktu saya, mak dan sorang lagi pergi cari makanan. Hahaha..dah lah dua2 tu penakut. Saya sendiri tak pernah lihat langsuir. Alhamdulillah malam tu tidur tiada apa2 yang mengganggu sama ada makhluk halus ataupun makhluk kasar.

Saya juga biasa pergi marathon, dan yang terkini saya suka pergi ultra marathon kerana ia lebih mencabar bukan sahaja fizikal malah minda. Kali terakhir saya pergi ultra marathon ialah BUTM (Borneo Ultra Trail Marathon) 2018 di Sabah. Saya dapati bahawa, pendakian tidaklah memenatkan tapi turun bukit itu yang amat penat dan menyakitkan. Kenapa sakit? Sebab bila turun bukitnya agak curam dan semua jari2 kaki tertumpu pada hujung kasut disebabkan kecerunan. Tambahan pula, saiz saya yang besar ini menambahkan citarasa sakit. Memang sakit! Sampai sekarang saya boleh ingat sakitnya. Pada waktu turun tu saya bayangkan alangkah baiknya jika saya ada skateboard takpun upih pinang. Boleh sahaja buat macam gelongsor. Laju! Oh ya. Bulan 10 ni saya juga akan sertai ultra marathon 30km di Janda Baik. Saya harap cabarannya tidaklah seteruk di BUTM.

Walaupun saya biasa berkhemah dan mendaki, saya tidak biasa kumpulkan kedua2 activities ini serentak. Yakni berkhemah dan pada masa yang sama mendaki. Saya telah dipelawa oleh kakak saya yang juga suka activity outdoor (tapi dah lama tinggal sebab kahwin dan kerjaya) untuk mendaki Gunung Stong. Saya yang memang sukakan activity macam ni terus bersetuju dan ambil cuti 1 minggu selepas raya semata2 nak mendaki gunung.

Pendakian di anjurkan oleh team OHANA dan bayaran yang dikenakan adalah sebanyak RM120 untuk 3hari 2 malam. Bayaran ini termasuk makan, minum, sewa khemah dan malim. Bayaran sebenar adalah 140 tapi sebab raya, ada diskaun 20ya. Seramai 24 orang dari pelbagai negeri yang ikut serta. Tapi majoriti adalah staff dari USM Kubang Kerian yakni geng2 misi dan MA, dan kakak saya termasuk dalam kumpulan ini.
Geng USM. Saya tiada dalam gambar sebab saya bukan dari USM. 


Kami bertolak ke Jeli pada malamnya dan tidur di Petronas Jeli. Saya tengok sebenarnya ramai orang tidur dalam kereta disitu. Tapi kakak saya cakap tidur di surau lagi best badan boleh lurus. Tengah2 tidur tu tiba2 ada 2 orang masuk, saya ingat siapa rupanya geng nak mendaki juga. Suhu di Jeli pada waktu malam dan awal pagi agak sejuk. Mungkin kedudukannya agak tinggi dari daerah lain. Pagi esoknya kira2 pukul 8 kami bercarpool menuju ke RnR Jelawang. Bila dah sampai kami bersarapan disitu dan kedai makan hanya satu sahaja yang bukak awal2 pagi. Kedai itu juga murah, RM7 nasik berlauk 2, air milo dan air suam. Kalau di KL nasik untuk 2 orang mesti lebih RM10.

Bila semua orang dah sampai kami meneroka 3 gua: (1) Gua Gelap, (2) Gua Pagar dan (3) Gua Keris. Saya cuma ada lampu suluh yang telah dimodified. Saya pun tak tahu yang kami akan teroka gua. Tapi lampu suluh pun tak jadi masalah cuma tak boleh guna kedua2 tangan untuk berpaut. Untuk Gua Gelap, orang gemuk tak boleh masuk. Mungkin yang lebih 100kg. Sebabnya ada satu laluan tu yang teramat sempit. Saya sendiri agak susah nak telus. Separuh badan saya berselut untuk membolosi laluan tu. Tambahan satu lagi, orang2 yang takut gelap dan sempit, dinasihatkan juga tidak masuk ke dalam Gua Gelap. Setelah 3 jam meneroka gua, kami kembali ke RnR untuk berehat dan memberi peluang kepada peserta untuk solat.
Gua Keris sempena stalactite yang berbentuk keris.

Seusai solat, malim kata untuk ke Kem Baha, dia akan bawa melalui jalan air terjun disebabkan cuaca yang baik tengahari tersebut. Kem Baha macam transit untuk pendaki2 sebelum naik ke Gunung Stong. Ramai pelancong asing hanya mendaki sampai ke kem ni sebab di situlah air terjun Jelawang bermula. Saya ingatkan untuk ke Kem Baha ni boleh naik dengan kereta. Rupa2nya kena guna kaki. Awal2 sampai saya terkejut, tinggi sungguh tangganya. Kakak saya 2 kali berhenti rehat sebab jantungya terlalu kencang. Ada istilah perubatan tapi saya tak pasti nak eja macam mana. Dia hampir tidak mahu meneruskan pendakian, tapi setelah diberi semangat oleh malim, dia berusaha untuk mendaki walapun dengan perlahan2.  Alhamdulillah sampai di kawasan air terjun.
Gambar depan ini bukan saya. Saya yang tengah berjalan dengan menggalas tikar.

Kawasan air terjun ini amat licin. Pendaki dinasihatkan agar tidak memijak batu2 berair. Kasut hiking Columbia yang saya pakai pun sekali sekala tergelincir. Pendakian ke Kem Baha mengambil masa dalam 3 jam bagi orang yang dah biasa. Saya temankan kakak saya yang tertinggal jauh dibelakang. Jadi tempohnya masa yang diambil 4jam 1/2. Tapi biar lambat asalkan tiada kecederaan. Lagi teruk tercedera sebab nak tunggu penyelamat datang mungkin agak lambat memandangkan hari hampir gelap.


Wednesday, May 17, 2017

Pilihan

Minggu lepas mak saya telefon. Dia telefon sebab nak sampaikan salam dari kawan baik arwah ayah iaitu Ayah Wel, seorang bekas  pensyarah UM dan UiTM. Waktu saya dapat dua pilihan sama ada nak ke Jepun atau ke US, dialah yang menasihati saya untuk ke US sebab bahasa inggeris sudah ada sedangkan untuk ke Jepun kena belajar bahasa dulu. Jadi, lebih baik pergi ke US dan peluang untuk bekerja lebih luas. Dia jugalah yang menguruskan perjalanan saya dari kolej matrikulasi ke UM program RPKJ kemudian ke UiTM Intec di Shah Alam. Saya  rasa seperti ada seorang ayah walaupun untuk sementara waktu. Dia amat menyokong bidang yang saya ambil iaitu kejuruteraan aeroangkasa.

 Mak saya bagitau yang ayah wel tanya kaba, apa yang saya buat sekarang. Bila mak saya bagitau yang saya jadi pensyarah, dia macam kesal sebab dia nak saya jadi jurutera kapalterbang kalau boleh. Kemudian mak saya tanya, jika saya menyesal tak jadi jurutera. Saya terus terang cakap, ye ada juga sedikit kesal. Tapi pada masa yang sama, saya juga puas hati kerana dapat habiskan PhD dalam aeroangkasa walaupun tidak menjadi seorang jurutera. 

Saturday, February 11, 2017

Changes

People changes.

When I was waiting for my order to arrive at my table, a woman came towards me. She asked, "You're xxxxx right?". I said, "Yes". In my head, I was wondering how did she know that name. Only my family and old friends knew that. So I asked her back, "How do you know me?". I honestly couldn't remember her. She look so matured (with make-up etc.). She answered, "Its me Roziah, your elementary school classmate." I was a bit surprised, and I stared at her face trying to remember her in school and then, yes its her. I used to go to her house while waiting for afternoon class.

I said sorry that I could not recognized her. I really do. Eventually, I asked her back how she could remember me. She said I haven't changed that much even with glasses.

Well, perhaps I haven't changed physically, but inside me have changed, a lot. When I entered in the 30's I noticed that I'm not afraid to talk to strangers anymore. I used to be really quiet. There was this tournament, a muay thai competition, and there were lot of guys. So one of them came to me talking about fighting and stuff and eventually he asked about my interest. Therefore, I honestly said that I like karate, and I'm looking to finish my blackbelt soon. So all we talk is about martial arts. When the show ended, he asked my number, and I gave it to him. I didn't think of anything, I was only thinking that Oh this is another who's interested in martial arts.

Then the next morning an sms text came, I ignored it because I didn't know the number. Then came the call, that too was ignored. Then another text came, explaining that he was the guy from the other night. Oh, I knew him. But why his messages was asking about unimportant stuff, like have you eaten already? Dude, what kind of question is that. So ignored him and the rest of his messages.  

Working towards my PhD, I became a lonely person. Even though I wanted to talk to somebody but there were nobody to talk to and therefore, I started to watch dramas. During that time, students in USM can download a bulk of dramas. You name it, Malay, Chinese, Koreans and Japanese, complete with subtitle. After the disputes of copyright came out, I found a fan site that offered those stuff. I watched while eating, at least there were something going on. The most thing that I liked to watch was comedy, like Maharaja Lawak Mega. But that came only once in a while and these days, they're boring to death. Then I watched Korean Varieties, I got hooked  with them until now.

One thing, if anything, I wanted to say sorry to my old friends. I did not intend to hurt their feeling, if I ever did. It is just that I'm not mature enough in those days, even now I think I'm still immature. Oh God, my number is increasing but my mind is not.

Thursday, February 9, 2017

After the Viva and Corretion

Thank God that I've passed my viva with minor correction. I was given 6 months to submit the final thesis. I said to myself, I can make it in a month. So, I did. It took another month for the process of correcting small mistakes, and the time for the examiner to do the final checklist. All in all, I finished it.

Currently I'm awaiting my senate letter and while waiting, I just received a news from my supervisor that my paper regarding the core content of thesis was rejected. He said that, it is not because of my content, but it was their current policy not to receive any paper at that time being. They want to limit the submission paper per year so as to increase their integrity on their journals. So, now I'm back to work for my paper, a bit lesser than working for a thesis , but the work is still the same.

It has been a month, I haven't change or amend anything about my paper. I bet my supervisor is now furious about it but he doesn't show it.

I just need to not give too much leisure to myself and change my habit. That's all.

-nw-

Saturday, October 1, 2016

4 days before viva

My viva is scheduled this Wednesday, Oct 5th, 2016. I tried to read, I go to work but nothing could stop me from thinking about it. This sounds like a song song lyric. Well, I'm afraid what of bad result and I can't think of anything. Even now, I can't properly thinking of writing well. Oh God.

Wednesday, November 11, 2015

Engineering 101

I still remember the first topic in my ENG 100 class taught by Dr. Reid Bailey. It was about the faulty engineering design. I've to drop this course after a few week due to time conflict and took it again in the spring in that same freshmen year. Nevertheless, the point is , I still remember it clearly in my head even though it has been more than 10 years. When I came back home, the engineering design and construction that are suppose to ease the community is yet to be fulfilled. I cannot help but notice a minute detail of those faults whenever I travel either by public transportation or my private vehicle especially the former.

One of the factor is that, when you travel a lot especially to different countries, you can see all sorts of  discrepancies compared to your home country. Sometime good and sometime, in a bad way. For some people, we sound like trying to underestimate our own country, but there are things that when you see and when you experience it in the first hand, it was an immediate reaction which one is better right from the start.

The first impression is from the public transportation, which lead to the traffic system to the driving rules and regulation and somehow ended at the licensing system. My first country that I've the opportunity to visit or shall I say to live is the U.S because I was sent by the government to study in Aerospace Engineering. I stayed there for 6 years including for my master degree. I managed to get a driving license here at the cost of only $10 compared with RM1000++. I learned driving from my friend in the wide parking lot next to the middle school during the summer before my sophomore year. I passed the written test and the driving test in one trial. Hence, all that the cost was still $10. At that time the currency rate exchange was at 3.8. I could not afford to buy a car yet at that time, so to go to Walmart, I needed to travel by bus. The good about the bus is that you can put your bicycle if you are tired of pedaling. It sound a bit of cheating if it was a Le Tour De Tucson. However, that is not the case, thus it is okay. Another is the transfer card, where it is valid within 2 hours. Therefore, in order to save some quarters, I listed all my necessity, immediately jump out of the bus once it stopped and pick everything listed or if time permits go to BestBuy (just to look around till the time is up) and return to the station. It says 2 hours on the ticket at the time I board the bus. So from the 5th St to Walmart it took like 30-40 min. All you have to do is be fast.    

Askar Wataniah

Sebenarnya saya dah lama nak jadi askar. Sejak kecik lagi. Tapi mak sya tak bagi sebab dia cakap askar ni suka mendera rekrut, kena marah, d...