Saya juga biasa pergi marathon, dan yang terkini saya suka pergi ultra marathon kerana ia lebih mencabar bukan sahaja fizikal malah minda. Kali terakhir saya pergi ultra marathon ialah BUTM (Borneo Ultra Trail Marathon) 2018 di Sabah. Saya dapati bahawa, pendakian tidaklah memenatkan tapi turun bukit itu yang amat penat dan menyakitkan. Kenapa sakit? Sebab bila turun bukitnya agak curam dan semua jari2 kaki tertumpu pada hujung kasut disebabkan kecerunan. Tambahan pula, saiz saya yang besar ini menambahkan citarasa sakit. Memang sakit! Sampai sekarang saya boleh ingat sakitnya. Pada waktu turun tu saya bayangkan alangkah baiknya jika saya ada skateboard takpun upih pinang. Boleh sahaja buat macam gelongsor. Laju! Oh ya. Bulan 10 ni saya juga akan sertai ultra marathon 30km di Janda Baik. Saya harap cabarannya tidaklah seteruk di BUTM.
Walaupun saya biasa berkhemah dan mendaki, saya tidak biasa kumpulkan kedua2 activities ini serentak. Yakni berkhemah dan pada masa yang sama mendaki. Saya telah dipelawa oleh kakak saya yang juga suka activity outdoor (tapi dah lama tinggal sebab kahwin dan kerjaya) untuk mendaki Gunung Stong. Saya yang memang sukakan activity macam ni terus bersetuju dan ambil cuti 1 minggu selepas raya semata2 nak mendaki gunung.
Pendakian di anjurkan oleh team OHANA dan bayaran yang dikenakan adalah sebanyak RM120 untuk 3hari 2 malam. Bayaran ini termasuk makan, minum, sewa khemah dan malim. Bayaran sebenar adalah 140 tapi sebab raya, ada diskaun 20ya. Seramai 24 orang dari pelbagai negeri yang ikut serta. Tapi majoriti adalah staff dari USM Kubang Kerian yakni geng2 misi dan MA, dan kakak saya termasuk dalam kumpulan ini.
Geng USM. Saya tiada dalam gambar sebab saya bukan dari USM. |
Kami bertolak ke Jeli pada malamnya dan tidur di Petronas Jeli. Saya tengok sebenarnya ramai orang tidur dalam kereta disitu. Tapi kakak saya cakap tidur di surau lagi best badan boleh lurus. Tengah2 tidur tu tiba2 ada 2 orang masuk, saya ingat siapa rupanya geng nak mendaki juga. Suhu di Jeli pada waktu malam dan awal pagi agak sejuk. Mungkin kedudukannya agak tinggi dari daerah lain. Pagi esoknya kira2 pukul 8 kami bercarpool menuju ke RnR Jelawang. Bila dah sampai kami bersarapan disitu dan kedai makan hanya satu sahaja yang bukak awal2 pagi. Kedai itu juga murah, RM7 nasik berlauk 2, air milo dan air suam. Kalau di KL nasik untuk 2 orang mesti lebih RM10.
Bila semua orang dah sampai kami meneroka 3 gua: (1) Gua Gelap, (2) Gua Pagar dan (3) Gua Keris. Saya cuma ada lampu suluh yang telah dimodified. Saya pun tak tahu yang kami akan teroka gua. Tapi lampu suluh pun tak jadi masalah cuma tak boleh guna kedua2 tangan untuk berpaut. Untuk Gua Gelap, orang gemuk tak boleh masuk. Mungkin yang lebih 100kg. Sebabnya ada satu laluan tu yang teramat sempit. Saya sendiri agak susah nak telus. Separuh badan saya berselut untuk membolosi laluan tu. Tambahan satu lagi, orang2 yang takut gelap dan sempit, dinasihatkan juga tidak masuk ke dalam Gua Gelap. Setelah 3 jam meneroka gua, kami kembali ke RnR untuk berehat dan memberi peluang kepada peserta untuk solat.
Gua Keris sempena stalactite yang berbentuk keris. |
Seusai solat, malim kata untuk ke Kem Baha, dia akan bawa melalui jalan air terjun disebabkan cuaca yang baik tengahari tersebut. Kem Baha macam transit untuk pendaki2 sebelum naik ke Gunung Stong. Ramai pelancong asing hanya mendaki sampai ke kem ni sebab di situlah air terjun Jelawang bermula. Saya ingatkan untuk ke Kem Baha ni boleh naik dengan kereta. Rupa2nya kena guna kaki. Awal2 sampai saya terkejut, tinggi sungguh tangganya. Kakak saya 2 kali berhenti rehat sebab jantungya terlalu kencang. Ada istilah perubatan tapi saya tak pasti nak eja macam mana. Dia hampir tidak mahu meneruskan pendakian, tapi setelah diberi semangat oleh malim, dia berusaha untuk mendaki walapun dengan perlahan2. Alhamdulillah sampai di kawasan air terjun.