Sebenarnya saya dah lama nak jadi askar. Sejak kecik lagi. Tapi mak sya tak bagi sebab dia cakap askar ni suka mendera rekrut, kena marah, dan paling dia tak suka kalau kena pukul. Kemudian dengan takdir Allah, adik saya masuk Navy lepas tamat STPM. Dia masuk pun sebab dia tak mahu pergi universiti. Dia kata dia dah bosan belajar. Mak saya puas pujuk tapi dia tak mahu juga. Dia cakap sekurangnya-kurang bila dah habis nanti boleh dapat kerja terus. Mak saya pun tak boleh nak kata apa. Lagipun betullah apa yang adik saya cakap. Dah la keluarga kami susah. Kalau belajar pun nanti kena bayar balik PTPTN. Baik terus dapat kerja. Dalam askar pun belajar juga.
Tapi saya tak boleh masuk lagi askar sebabnya saya telah terlanjur sambung belajar. Nak tak nak kena habiskan. Lagipun saya dapat biasiswa, membazir namanya kalau tak habis. Masa saya habis PhD tahun 2017, tiba-tiba rasa sesuatu yang amat kosong. Sebabnya, selepas saja tamat pengajian, saya terus tiada apa-apa yang hendak dibuat. Selepas saya lapor diri, semua tugas pengajaran telah diambil, jadi masa terluang dengan banyak. Jadi saya merasakan itu masa yang terbaik untuk melapor diri sebagai askar wataniah, memandangkan askar biasa sudah terlepas tempohnya. Sewaktu saya mendaftar untuk askar wataniah, kursus APMS yang sepatutnya di adakan pada bulan Ogos dibatalkan kerana kurang penuntut. Jadi saya dimaklumkan bahawa kursus akan di adakan pada bulan 10 pula. Namun sewaktu tibanya bulan 10, saya dah ada tugasan jadi agak sibuk. Oleh itu, Ketua Jabatan tidak benarkan saya pergi kursus tersebut. Saya terpaksa tunggu tahun berikutnya.
Pada tahun 2018, saya terlepas juga kursus pada bulan Ogos, ini kerana saya amat sibuk dengan kerja-kerja hakiki walaupun bulan Ogos adalah cuti semester. Jadi sekali lagi saya tangguh ke tahun 2019.
Alhamdulillah, tahun ini saya berjaya melapor diri untuk berkursus selama sebulan. Saya ambil cuti bergaji penuh kerana berkursus selama 30 hari. Minggu pertama kami belajar kawad. Sudah lama saya tak berkawad. Paling terakhir saya ingat adalah sewaktu sekolah menengah tingkatan 4, Kelab Remaja Sekolah. Rupa-rupanya kawad askar tak sama dengan kawad yang diajar disekolah. Sungguh berbeza. Selepas 3 hari berkawad ditengah panas, saya mengalami sakit2 lutut dan terpaksa ke hospital. Doktor memberitahu yang kepala lutut saya lari sedikit dan perlu berehat selama 4 hari. Alhamdullah, saya amat bersyukur. Tapi biasalah walaupun berehat saya perlu juga hadir ke setiap acara walaupun tidak perlu melakukan gerakan yang boleh mencederakan lutut saya. Berguling atas tar kena masuk sebab tak guna lutut pun. Selepas kawad, kami diuji dan pelajar terbaik kawad ada sorang budak kolej ni dapat. Walaupun perempuan tapi suara dia kuat.
Minggu ke-2 belajar menembak menggunakan M-16. Belajar tentang data teknik dan cara2 membuka dan memasang serta menjaga. Setiap hari kena bangun sebelum pukul 5 ke
No comments:
Post a Comment