Selama saya mengikuti pengajian di luar negara, selama itulah juga saya sentiasa aktif dalam gerakan Islam dikalangan para pelajar muslim dari malaysia. Walaupun selepas saya menamatkan pengajian di sana dan kemudiannya pulang ke tanahair, saya masih mengikuti perkembangan semasa tentang kemajuan kumpulan kami di sana. Kadang2, saya juga memberi maklumat tentang perkembangan semasa di Malaysia yang berkaitan. Namun, selepas beberapa ketika dan waktu, segala maklumat yang saya sampaikan pada mulanya dipertikaikan dan akhirnya apa yang saya sampaikan telah disekat secara total walaupun perkara2 yang seperti penempatan pelajar2 malaysia di suatu2 universiti.
Pada mulanya saya tidak kisah apabila diperlakukan demikian, akhirnya saya menyedari apa yang mereka tidak persetujui dan saya mengambil keputusan untuk meninggalkan organisasi terbabit. Saya masih sayngkan perjuangan mereka dan saya mengharapkan pendirian orang2 tertinggi dikalangan mereka akan berubah.
Saya melihat situasi yang sama juga berlaku dalam mana2 kumpulan, organisasi dan sebagainya yang mana, walaupun perkara yag diperselisihkan bukanlah agenda utama gerakan, namun disebabkan kefahaman sebahagian besar pihak2 atasan tidak selari dengan beberapa kelompok kecil, kelompok kecil ini akan dipinggirkan walaupun berada di pihak yang benar.
Saya inginkan kebenaran walaupun tidak disokong ramai manusia. Dan saya mendoakan keikhlasan bagi orang2 yang benar2 berjuang untuk menegakkan yang benar seperti apa yang telah ditunjukkan dalam Al-quran dan Sunnah.
No comments:
Post a Comment