Sunday, January 13, 2013

selesai satu

Fuuh..alhamdulillah. dapat selesaikan masalah yang satu ni yang membuatkan saya pening kepala hampir seminggu. Bila dah dapat apa puncanya, suatu perasaan yang tidak boleh digambarkan. Dalam saya duduk selesaikan masalah yang dihadapi, ada juga saya tengok2 ceramah2 agama dari Ilmuan muda Malaysia, iLMU. Saya tengok ramai orang benci tak berapa suka dengan mereka. Sebahagian besar dari ahli ilmu merupakan guru saya sebelum mereka masuk UMNO lagi. Apabila guru2 saya tersebut membuat pilihan untuk masuk beramai-ramai, saya nak tahu apa pegangan mereka dan mereka telahpun memberi keterangan dengan sewajarnya dan tidak perlulah untuk saya menghuraikannya disini kerana video keterangan mereka banyak boleh dicari di dalam utube.

Saya menyokong mereka kerana pegangan mereka yang tetap teguh dan konsisten dengan apa yang disampaikan oleh mereka sebelum ini. Dan inshaAllah, saya do'akan mereka sentiasa tetap dalam pendirian mereka. Sebilangan manusia yang tak reti bahasa dan adab kesopanan dengan mudah memanggil dan menggelarkan iLMU ini dengan panggilan yang tidak sepatutnya. Ya, mereka tidak maksum, tetapi tegurlah dengan adab2 Islam sekiranya mereka salah. Bukan dengan gelaran2 atau kutukan yang melampau.


Thursday, January 10, 2013

SEJARAH BERULANG

Kena buat balik persamaan penuh Euler. Kenapalah serangga ni suka sangat masuk dalam programming ni. Pening dah kepala nak mencari puncanya. Saya pun mula untuk menanggalkan spek mata. Spek dah tercalar kena tukul yang terjatuh atas muka. Masa tu tengah nak baiki pintu stor rumah yang senget. Alhamdulillah juga pakai spek, takde lah kepala tukul tu nak masuk mata. Awal2 buka spek memang sakit kepala yang amat. Terpaksa tidur je banyak. tapi, lama2 ok juga, cuma tak boleh nak tengok benda jauh, rasa agak kelabu sikit2.  Nak buat spek baru duit dah kurang, terpaksa bersabar dulu.

Saya kena habiskan juga mencari masalah serangga dalam kod ni. Harap berjaya, inshaAllah.

Tuesday, January 8, 2013

lapa dsb

Sejak balik dari rumah sakit kepala masih belum hilang lagi. Sedar tak sedar ada setahun lagi masa saya untuk habiskan phd ni. Saya kadang2 tak tahu apa yang patut saya buat sekarang. Keputusan simulasi masih lagi samar2 ditambah pula dengan simulasi penuh yang tak jadi. Saya tak tau apa puncanya. Nampaknya banyak lagilah kerja saya yang akan tertangguh. Memang lah susah untuk buat kerja tepat pada waktunya. Sesiapa yang buat phd mmg akan menangguh.

Saya cuba untuk mengerat duit belanja kepada rm10 sehari sebab saya takut nanti bila saya buat penangguhan untuk habiskan phd, pihak kpt nanti akan sekat elaun. Jadi mulai sekarang saya mula berjimat cermat. Tapi, akibatnya terpaksa berlaparlah sedikit. walaupun makanan agak murah disini tapi saya suka makan. Hahah. Jadi rm10 sehari agak tidak cukup, namun saya perlu bertahan. Tengah buat kerja dalam keadaan lapar ni bagus juga sebab macam tak leh berenti buat kerja, nak kena siapkan juga.

Susah sebenarnya untuk berterusan dalam keadaan yang baik, kena ada kesabaran, ketekunan dan kerajinan. Ke3-3 perkara ini kadang2 ada kadang2 tenggelam. Cuma motivasi saya sekarang ini ialah saya perlu habis supaya elaun tak disekat itu sahaja. Bunyi mcm desperado saja. Dunia sekarang perlu kepada duit. Nak jadi baik, kena ada duit, jahat mmglah.

Apapun sekarang ni saya agak lapar aduih. Kafe pun dah tutup rasanya. 



Askar Wataniah

Sebenarnya saya dah lama nak jadi askar. Sejak kecik lagi. Tapi mak sya tak bagi sebab dia cakap askar ni suka mendera rekrut, kena marah, d...