Tuesday, January 8, 2013

lapa dsb

Sejak balik dari rumah sakit kepala masih belum hilang lagi. Sedar tak sedar ada setahun lagi masa saya untuk habiskan phd ni. Saya kadang2 tak tahu apa yang patut saya buat sekarang. Keputusan simulasi masih lagi samar2 ditambah pula dengan simulasi penuh yang tak jadi. Saya tak tau apa puncanya. Nampaknya banyak lagilah kerja saya yang akan tertangguh. Memang lah susah untuk buat kerja tepat pada waktunya. Sesiapa yang buat phd mmg akan menangguh.

Saya cuba untuk mengerat duit belanja kepada rm10 sehari sebab saya takut nanti bila saya buat penangguhan untuk habiskan phd, pihak kpt nanti akan sekat elaun. Jadi mulai sekarang saya mula berjimat cermat. Tapi, akibatnya terpaksa berlaparlah sedikit. walaupun makanan agak murah disini tapi saya suka makan. Hahah. Jadi rm10 sehari agak tidak cukup, namun saya perlu bertahan. Tengah buat kerja dalam keadaan lapar ni bagus juga sebab macam tak leh berenti buat kerja, nak kena siapkan juga.

Susah sebenarnya untuk berterusan dalam keadaan yang baik, kena ada kesabaran, ketekunan dan kerajinan. Ke3-3 perkara ini kadang2 ada kadang2 tenggelam. Cuma motivasi saya sekarang ini ialah saya perlu habis supaya elaun tak disekat itu sahaja. Bunyi mcm desperado saja. Dunia sekarang perlu kepada duit. Nak jadi baik, kena ada duit, jahat mmglah.

Apapun sekarang ni saya agak lapar aduih. Kafe pun dah tutup rasanya. 



1 comment:

Askar Wataniah

Sebenarnya saya dah lama nak jadi askar. Sejak kecik lagi. Tapi mak sya tak bagi sebab dia cakap askar ni suka mendera rekrut, kena marah, d...