Setelah berhempas pulas mendapatkan geran, akhirnya dapat juga geran FRGS. Bagi pensyarah baru, geran ini amat bermakna walaupun jumlahnya tidaklah mencecah 6 angka seperti penyelidik2 yang lain. Ia cukup bermakna bagi saya yang beberapa ditolak geran setelah habis pengajian PhD. Syarat geran ini juga merupakan syarat untuk saya sahkan jawatan dalam perkhidmatan.
Bagi pekerja kerajaan, pengesahan jawatan adalah amat penting kerana kita diberi pilihan untuk mengambil skim pencen atau skim caruman KWSP. Saya percaya, hampir majority kakitangan kerajaan akan memilih Skim Pencen kerana 1) tiada lagi potongan KWSP, jadi ada duit lebih lah sikit. 2) Boleh menngeluarkan duit KWSP yang ada untuk bayar hutang, macam saya.
Surat Pengesahan Jawatan telah diterima pada 17 September 2019. Sekarang saya tengah menantikan surat berpencen. Hari ini sudah masuk bulan 10 hari ke-4. Masih tiada apa-apa lagi....
No comments:
Post a Comment